RSS

SayaNg Mak n AbAH.

Assalamualaikum..

Rse lama btul tangan ni tak menari-menari ats2x papan kekunci ni..huhu( ayt jiwang) Alhamdullilah,semalam dah selesai berjuang menghabis PAPER EXAM yg 3 bermakna kne berjuang tuk satu paper lg..
Tiba2x ari ni rse gatai je nk menulis..
Tp...masalah common la, no idea dan lack of bhse sastera..Kalo buat karangan mmg tak sedapla..
So, zati pun search for something for dicopy n paste kn kat blog zati yg cute ni..


btw, untuk pengetahuan semua ari ni ari lahir abg zati,Najib afif dan esok merupakna ari lahir bonda yg tercinta Farihah bt othman..
Ye..akhirnye zati jumpe sesuatu yg buat zati hampir nk menangis sekali lg walaupun dah bce bnyk kali..
Luahan hati seorang ank tentang his beloved mum iaitu nukilan abg zati(birthday boy) tntang mak zati bbrape taun yg lalu tp tentang perkara yg benar dan tak ade sedikit pembohongan pun ye..


Mungkin korang rse biase jer bce tapi for me I really touched and this make zati rse nk nangis bcoz I know my mum really well...
Zati tau ape yg mak dan abah lalui sepanjang membesarkan kteorang..Pengorbanan mak abah sgt2x besar dan tak akan mampu kteorg balas..
Kak cik nk mak dan abah tau... kte org sayang giler kat mak dan abah dan moge Allah merahmati kasih syg kita ni sampai bile2x..Amin


Ye..cerita yg bakal zati smpaikn ni hanya sebahagian dr ape yg mak zati alami dan lakukn..
banyak lagi bnde yg mak dan abah wat yg menyebabkn zati rse kagum ngan ketulusan, ketabahan dan kesetiaan mak dan abah..


SETIA SEORANG IBU/ISTERI


Di sebalik redup mata mu

Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku di ruangan hati mu

Di sebalik senyuman mu

Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri

Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

(ni link lagu wildan tu..http://www.youtube.com/watch?v=u9qRLtTD6oc dgr r..sedap kot)

Di atas merupakan sebahagian daripada bait-bait lagu nasyid kumpulan Wildan yang bertajuk "Setia Seorang Isteri". Tatkala mendengar lagu ini, seringkali ianya membawa fikiran saya untuk mengingati seseorang yang amat istimewa dalam hidup ini. Bukanlah isteri saya memandangkan saya masih bujang tetapi isteri kepada bapa saya iaitu emak saya


Lirik lagu tersebut mengingatkan saya kepada kesetiaan emak terhadap abah
yang tidak pernah goyah. Di hadapan kami adik beradik, sentiasa jelas tergambar daripada perilaku emak, emak merupakan seorang yang setia terhadap abah. Emak sentiasa menjadi pembantu abah dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang bilangan penumpangnya tidak se
dikit iaitu seramai 11 orang.


Teringat kembali zaman kanak-kanak saya yang penuh dengan kenakalan. Sewaktu kecil ada saja perkara yang akan kami adik beradik gaduhkan. Tatkala selesai menerima hukuman daripada abah akibat kedegilan kami maka emak akan datang kepada kami untuk memujuk dan menenangkan kami. Begitulah peranan emak yang sentiasa menjadi watak pendamai tatkala kami dihukum oleh abah. Abah dan emak sentiasa memastikan dalam tin
dakan hukuman mereka terhadap anak-anak, anak-anak mengetahui ianya kerana kasih, bukannya benci. Hukuman yang dijalankan akan disusuli dengan rasionalnya sehingga kami menyedari akan kesalahan yang telah kami lakukan.


Dari dulu hingga kini dan sampai bila-bila, saya akan terus mengagumi pengorbanan ibu dalam membesarkan kami adik beradik. Sedari diri saya masih kecil hingga ke saat ini emak dan abah masih belum dapat berehat daripada membesarkan anak-anaknya. Begitulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh ibu bapa yang mempunya ramai anak. Dari muda hingga ke tua masih belum selesai tanggungjawab mereka membesarkan anak-anak. Maklumlah, ka
mi adik beradik, dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi semuanya masih ada di saat ini. Mujurlah kini, dua orang abang saya, iaitu anak sulung dan kedua telah menamatkan pengajian dan bekerja, maka dapatlah meringankan bebanan tanggungan emak dan abah dalam menyara kami adaik beradik.


Menjelajah perihal kesetiaan emak, mengingatkan saya pada apa yang telah berlaku ketika ketiadaan abah di Malaysia kerana terpaksa pergi ke London selama 2 bulan atas urusan kerja. Peristiwa ini berlaku berberapa bula yang lalu tidak lama selepas abah meninggalkan Malaysia. Pada hari itu, saya menemankan emak untuk mengeluarkan wang dari bank. Se
tibanya kami di depan mesin ATM untuk mengeluarkan wang emak bertanya kepada saya, “Uda (gelaran bagi anak keemapt di Perak), camne nak kuar duit ni, mak tak ingat dah ni.” Saye terkesima seketika mendengar soalan tersebut diajukan oleh emak saya memandangkan bukan baru
emak memiliki kad bank tersebut. Di saat itu, barulah saya teringat walaupun emak saya memilik kad tersebut, tapi emak memberi kad tersebut kepada abah untuk disimpan bagi menguruskan soal kewangan keluarga. Bermakna, sebelum abah pergi ke London, telah sekian lama emak tidak mengeluarkan wangnya di dalam bank sendiri hingga lupa caranya untuk mengeluarkan wang.


Begitulah tingginya kepercayaan emak terhadap abah dan abah pula tidak
pernah mencalari kepercayaan yang telah emak berikan kepadanya. Walaupun di dalam islam, perempuan berhak menguruskan kewangan milikinya sendiri, dan tuntutan nafkah jatuh pada suami, namun emak tak pernah bekira dengan abah tentang soal kewangan. Bagi emak, hasil titik peluhnya adalah untuk dikongsi bersama dengan abah bagi kegunaan perbelanjaan keluarga. Hatta sekiranya ade barang yang emak ingin beli, walaupun dengan menggunakan duit emak, emak akan tetap meminta izin daripada abah. Begitulah sifat seorang ibu yang sentiasa rasa berbahagia dengan memberi.


Sememangnya emak telah banyak berkorban demi anak-anaknya. Emak yan
g merupakan seorang guru, sentiasa bekerja baik di sekolah mahupun di rumah. Di sekolah, emak menjadi guru kepada anak-anak orang lain, di rumah emak menjadi guru kepada anak-anaknya sendiri. Masih jelas terbayang di ingatan saya bagaimana didikan emak terhadap saya d
an adik beradik ketika saya di bangku sekolah rendah. Ketika itu, selalu juga saya mendapat
top 5 dalam peperiksaan. Ini adalah hasil berkat daripada kesungguhan emak saya. Apabila kami adik beradik nak exam, maka emak juga turut sama seolah-olah nak exam. Emaklah yang akan bersengkang mata mengajar kami, emaklah yang akan berjaga malam, bertahajjud untuk kami, emaklah yang akan berpuasa untuk kami dan emaklah yang akan bersusah hati untuk kami. Bila memikirkannya kembali, seolah-olah emak yang akan menghadapi exam kerana kesungguhannya yang mengatasi kami yang akan menduduki exam pada ketika itu.


Hingga kini, apa yang emak lakukan ketika saya masih kecil, di bangku sekol
ah rendah masih emak lakukan walaupun kini saya telah berada di Universiti. Emak masih lagi bangun malam mendoakan kejayaan anak-anaknya dan emak masih lagi berpuasa untuk anak-anaknya apabila anak-anaknya menghadapi peperiksaan. Emak juga tak pernah lupa berpesan kepada kami untuk solat hajat dan tahajjud. Sedari anaknye kecil, hinggalah ke besar.,
pesanan inilah yang acapkali emak pesankan. Emak sentiasa mengingatkan kami bahawasanya ape yang kami miliki sekarang ni semuanya dari Allah SWT dan kerana itulah hubungan dengan Allah SWT jangan direnggangkan. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada saya dan adik beradik untuk sentiasa mentaati pesanan emak ini.


Sememangnya sebagai hamba Allah SWT kita mestilah sentiasa be
rharap dan berdoa kepadaNya dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmat pemberianNya. Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah, mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?”(Surah Yunus:31)


Setelah Allah SWT berikan kita pelbagai nikmat apakah patut kita sebagai hambaNya melupakanNya dan tidak bertaqwa kepadaNya. Dan kita harus menyedari bahawasanya taqwa merupakan kunci kepada kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:


Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberi rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka (Surah at-Tolak:2-3)


Maka, sekiranya kita bertaqwa kepada Allah SWT, InsyaAllah kita akan memperoleh kejayaan, baik kejayaan duniawi mahupun ukhrawi.


Kembali bercerita berkenaan emak, emak merupakan antara orang paling gembira sekiranya anak-anaknya balik berkumpul bersama-sama di rumah. Biasanya apabila

kami adik-beradik berkumpul di rumah, maka emak dan abah akan mengumpulkan kami semua di a
wal pagi untuk sesi tazkirah dan emaklah orang yang paling bersemangat untuk mengadakan tazkirah. Awal-awa lagi emak sudah mengingatkan abah dan kami adik-beradik untuk sesi tazkirah. Lazimnya, abah akan mempengerusikan tazkirah tersebut. Abah akan memberi ruang kepada anak-anaknya yang ingin memberi tazkirah. Seterusnya abah akan memberi ruang kepada emak dan abah akan bercakap di akhir sesi tazkirah.


Acapkali juga dalam sesi tazkirah kami, abah dan emak akan selit
kan cerita suka duka silam abah dan emak dalam membesarkan kami serta sejarah silam zaman muda mereka untuk dijadikan pengajaran buat kami. Walupun sudah selalu benar saya mendengar kisah cerita pengalaman emak dan abah tersebut, namun tak ada rasa jemu yang bertandang di hati ini, bahkan ianya bagaikan pengecas yang memberi tenaga kepada semangat ini untuk terus mara menggapai cita-cita. Biarlah saya terus menjadi pendengar setia kepada cerita-cerita mereka selagi masih diberi kesempatan kerana saya tidak akan mengetahui bilaka
h cerita terakhir dari mereka yang bakal saya dengari. Sesungguhnya jemputan Ilahi tidak pernah mengenal masa dan usia mungkin mereka atau mungkin saya yang akan diemput Ilahi terlebih dahulu. Mudah-mudahan Allah SWT memberi keberkatan bagi kami sekeluarga dalam meniti usia kehidupan ini.


Buat sahabat-sahabat, ketahuilah tatkala ibu bapamu memperdengarkan kisah silam, suka duka mereka dalam membesarkan kalian, janganlah kalian anggap ianya hanya leteran biasa yang tiada nilainya kerana apa yang mereka perdengarkan kepada kita bukan
sekadar kisah biasa tetapi sebuah kisah cinta. Cinta mereka buat diri kita. Di sebalik kisah tersebut tersirat di dasar kisahnya sebuah cinta dan pengorbanan yang telah menjulang cita-cita di kemuncak cerita baru kita.


Pertambahan usia dan kematangan pada diri ini telah menyerlahkan hikmah di sebalik tindakan emak dan abah dalam usaha memanusiakan kami melalui kaedah didikan mereka. Bersyukur saya kepada Allah kerana mengurniakan ayah dan ibu yang tidak pernah berputu
s asa mendidik anak-anaknya. Terima kasih emak atas kesetiaan dan pengorbanan sebagai seorang isteri kepada abah dan ibu kepada anak-anak abah. Dan terima kasih jug
a buat abah yang telah menghadiahkan kami hadiah yang amat bernilai iatu cinta abah kepada e
mak. Dengan cinta itulah maka kami menjadi insan yang mencintai dirimu, emak dan abah.


Apa yang saya paparkan ini merupakan cebisan kisah dari kisah-kisah kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri dan juga ibu. Sungguh terlalu banyaknya pengorbanan insan bergelar ibu ini untuk dinukilkan kesemuanya. Mudah-mudah cebisan kisah ini dapat kita jadikan pedoman bersama untuk kita lebih menghargai kedua-dua orang tua kita selagi masih diberi peluang dan kesempatan.


Firman Allah SWT:


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu katakan kepada keduanya perkataan ‘Ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasuh aku sewaktu kecil.”
(Al-Isra’: 23-24)

Last but not least,selamat ari lahir mak mge dipanjangkn umur dan dimurahkan rezeki..
Luv mak ngan abah
FOREVER!!

i.Allah


Budak kecik pun tau!!




Di suatu pagi yg hening..

saya: mak,kakcik nk pi jalan ke ******** ni..Ade keje ckit..Doakn kakcik ye!!

Mak: Jauh ke tempat tu, kalo jauh bior lah ade laki teman..(maksudnye musyrif ye!!)

tiba2x adek bongsu yg hanya umur 7 thn menyibuk..

Adek:Umi!!! Mane boleh jalan ngan laki..Dosa la umi..Kalo jalan ngan bang pei(zofir) takpe la..kakcik ngan bang pei adik beradik..ape la umi ni..

Terkejut dgr bila adik ckp cam tu..terdetik kat hati ni..

hmmm..

bdk kecik pun tau batas pergaulan laki prmpuan ..nape la kite yg dah tua bangke ni tak paham2x gak...still gak tak jg pergaulan laki pompan..

serius tak paham!!!

Bukan nk kte sape ,juz tertanye2x why???

Moga Allah memberi hidayah kepada kita dan menjauhkn kita dari sgala kemaksiatan..

Ya Allah kau jaga la hatiku dn hati sahabat2x ku..AMIN

Pesanan gune la khidmat musyrif sebaiknye..Jgn jadikan ia medan tuk bercintan lak ye!! (^.^) wink2~

JGN LUPA GNE LA KHIDMAT MUSYRIF
PERUBATAN!!!



*musyrif: ikhwah yg diberi amanah tuk jge keselamatan akhwat swktu kuar mlm dan bermusafir ke tempat yg jauh..


heroku!!!!


ni la heronyer huk2x...
najwan ni suka sgt tgk ultraman..
kalo blk rmh kite org atau pon makco(zatil la..) dia kne jg dia mesti ajak lwn..ha3
najwan jd utraman ..makco jd raksasa..tp raksasa keje lari je..hik
kadang2x mls nk layan2x cbb tak larat..dari pg smpai ptg duk main kejar2x..
bkn setakat kejar je siap gigit smpai berdrh kot..
menitis gak la air mata ni kne gigit ngan dia..
nasib baik dpt makcik baik cam zati sabo je la..he3(persn jap)
last2x pakse dia tido..ha2x
bru dpt berehat dgn aman...
walau pon kadang 2x najwan ni gns la gak tp dia manje kot..
jlan terkedek2x..ha3 comei je..
tu yg wat makco rindu tu..
kne gigit pon tak kisah..:)
tak sabo nk blk nk gigit + cubit pipi labuh dia tu..ha3


insyirah dgn abg najwam..sweet je!!

Tak sabo gak nk tgk insyirah ngan ahmad ..
cammane la depa sekarang ni..
dulu waktu blk insyirah kecik gi..
tak pandai ckp gi..pandai merangkak je..
ni la satu2x nyer baby pompan dlm family kiteorg setakat ni...
tp i.allah bkl bertambah..he3 Amin..



Ni lak Ahmad..
dia dh bsr r gak wktu blk ari tu tapi dia blm pandai ckp sgt..
Ahmad ni, zati pggl baby internet cbb mata dia bulat sgt mcm baby dalam tnet tu...
suke tgkp gambar dia..sbb nk tgk mata dia y bsr tu..he3
Ahmad ni dia tknk kat org sgt dia nk duk kt mama dia je..tp suke je kacau dia..
bg dia nangis..he3 bru puas ati..tp rse skang dah ok kot sbb dia dah bsr ckit..:) miss him..
rindu bangat same anak2x sedare tak sabo nk blk nk jmpe diorg..
i.allah:)

Fatrah Exam..

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdullilah skang ni dh msk fatrah exam dn maknenye pas ni akn blk mlysia tuk bercuti....Syukur sgt2x dah berjaya abiskn satu paper iaitu physio dan i.allah paper yg akn menanti isnin ni ialah histo...Harap dpt buat yg terbaik tuk setiap exam...harapan ni bkn tuk zati sorang tp tuk semua warga Gen9...

Hmmmm...fatrah exam ni macam2x kerenah kita blh tgk..kadang ade yg study sampai tak nampak muke die dh..waktu makan je la kot bru nampak..ade yg ade depan mata, tapi kwn die dh jd invisible..tak nmpak dah kwn dia...ckp sorang2x je la..hak2x Ni bkn kt rumah khazinatul asrar k!!!tak tau r kat umah sape..tp rsenye semua org rse kot bnde ni...Yup, sbb kadang2x tanpa kita sedar sebenarnye kita wat bnde ni...mungkin kita tak perasan tp kawan kita terasa kot..berat sgt ke mulut jawab je la..sepatah pon ok..Ye, agak bosan dok mengadap buku dlm fatrah exam ni..blog ni dh lama tak dicontengkn ..he3..hati ni pon gatai je nk menulis, walau pon merapu dan tak ade motif..kui2x..biarlah asalkn puas hati...

tak sabar rsenye nk abiskn exam ni..tp sepatutnye kita belajar bkn tuk examkn..brulah ilmu tu berkat..ni x time nk exam bru la pulun cam org gile mane x lps abis exam terus lupe macam tak pernah belajar je sebelum ni...( ni tgh ngata diri sendiri k!!) tau tapi tak pernah berusaha tuk berubah..Ape nk jd!!! Plez.... tolong la berubah jg ulangi kesilapan ni lg ye!!!(ayat waktu fatrah exam taun lps...he3)

Dah cukup, pi belajar..kalo merapu kat cni lg tak tau r berapa byk lg mse yg terbuang ..bkn nye dpt faedah pon..yg tgh bace pun, jgn dilayan entri ni...wat abis masa je...ok la..Daaaaaaa....

SeLaMat Ye!!!

Bismillahirrahmanirahim..

Selamat ye semua..Selamat ape ye??Selamat pengantin baru to nyah and my new kakak ipar kak farhanah dan tak lupa jugak selamat ari jadi kat kakak dan bangcik...

To nyah :Barakallah hulakuma wabaraka, alaikuma wajama'a bainakuma fi khair la ye..Moga bahagia hingga ke syurga..Amin..I.allah.. Lagu ni kakcik tujukan tuk nyah..Moga nyah dpt jlnkn
tanggung jawab sebagai suami dengan sebaiknye..:)


video



ni gambar2x sepanjang majlis tu..cambest je..sedih lak tak dpt dtg.. hu3




























Opppssss lupa lak... ni nk ucapkn selamat hari lahir kat kakak dan bang cik..Dah tua dah korang..Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,dan dapat mencapai ape saje yg korang impikan...Sanah helwa!!!

To kak: Selamat habis bljr..cepat2x la kerje..senang belanja kakcik nanti..hu3



To bang cik: gud luck result SPM ni..I.allah, kamu boleh!!!


dah nk berakhir dah bln 3, bln 4 pulak akn menjelma..Cepat je mase berlalu..perasan bercampur baur antara seronok nk blk and takut exam yg dah nk dekat..hu3..Doaknlah agar hari esok lebih baik dari hari ini..I.allah :)








Tangis Dalam Gembira

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak tau la nk sedih ker nk gembira skang ni tp apepun bersyukur giler dapat blk ke Mesir pas sebln bercuti kat umah sebab rusuhan ari tu...Alhamdulillah la, tak kne study kat Malaysia negara kita yg terchenta tu kalo tak rse mungkin sedih lg drpd kne blk mesir..Rela balik Mesir drpd sambung medic kat malaysia..Rsenye maybe zati dah jatuh chenta kot ngan bumi mesir ni..ha2

Sedih lak nape??Sedih sbb terpaksa berpisah ngan family..hu3 Tak sempat nk duk jumpe adik beradik lame2x..Jmpe kejap2x jer..Dah lah nk dekat cuti sekolah lagi la sedih ..tambah lg nyah nk kawin tak lame lg ..Sempat tgk hantaran je..Penat jer wat nikah awal sbb ingat kite org bleh join sekali rupe2x nyer tak..hu3 Tp rsenyer nyah tak penat pun seronok ade la sbb dpt kawin awal..Betul tak??? ha3 Ok walau ape pun sila ingat janji korang kat kakcik nk anta gambo yerk..kalau nk web cam tu rse cam menyusahkan jer..Lg pun sape lak nk ingat kat kakcik waktu sibuk2x camtu dok..Ape2x pun kakcik doakn semua berjaln lancar...wat camnekn dh name pn study oversea mmg la kne duduk berjauhan ngan keluarga...

Semalam bru jer sampai mesir..tak sangke mesir still sejuk lg..Best giler!!!! Ingatkan dah musim panas dah..Alhamdullilah keadaan kat mesir pun nampak aman...Takut lak rsenyer nk smbung belajar pas dah dekat sebulan makan,tido kat umah tanpa terdetik sekali pun nk bukak buku tuk dibaca..tp nk wat camnekan pelarian mana sempat bawa buku balik Malaysia..Ha3(tu alasan tuk tak nmpk malas..hi3) Pas ni kne study sungguh2x..masa tak byk dah... Final exam dah makin dekat..Zati anda boleh!!!!!Doakn kakcik kat cni tau..:)


SeLaMat Hari LahiR Mak dan Uda..

Bismillahirrahmanirrahim..

video



Selamat hari lahir mak dan uda...



wajah mak dan abah yg sentiasa menjadi pengubat rindu..sayang mak ngan abah..



birthday boy..ha3 Boy la sgt... dh bley jd bapak org dah ni..he3


Kakcik doakan agar mak, uda dan seterusnya kita semua dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk terus beribadah kepada Allah..Amin..

Lagu ni kakcik tujukan khas wat mak dan abah..Sori la uda, takde lagu tuk uda..hahaha....

video


Sejenak hatiku mula tersentuh,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di m
ata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.





p/s: sok pekse doakn kakcik ye..hu3