RSS

Akhwat oh Akhwat!!!!

Ari ni buka perubatan on9..Terbaca satu isu yg amat popular akhir2x ni iaitu tntg akhwat & musyrif...So,disebabkn malas nk menulis dan memikirkan ayat tuk ulas pasal bnde ni so zati pun copy paste je la artikel ni dr perubatan on9 k...(bley jd pencilok artikel terhebat nh..he3) Thankz la tu org yg wat artikel ni sbb artikel ni sgt bermanfaat..Arap2x kita pn bley amik manfaat dr artikel ni..


Jangan Sudah Tergadai, Baru Ingin Ambil Cakna!

Masalah gangguan seksual bukan suatu masalah yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak, tidak kira ikhwah mahupun akhawat.

Kita semua sedia maklum bahawa warga Arab Mesir semakin melampau sejak kebelakangan ini. Tindakan mereka semakin berani, kalau dahulu setakat mengejek dan mengejar ketika pulang dari kuliah, kini tindakan mereka sudah sampai di tahap yang membahayakan sehingga ada akhawat yang teruk diraba dan tidak kurang juga diserang sehingga cedera matanya.

Kalau dahulu golongan akhawat selalu disindir kerana suka keluar di waktu malam dan tidak menggunakan musyrif, tetapi kini isu "Jangan berjalan seorang diri" dan "Sila gunakan khidmat musyrif" bukan lagi suatu jaminan keselamatan. Mengapa saya berkata demikian ? Hal ini kerana dewasa ini, warga Arab sudah berani mengganggu akhawat yang berjalan pada waktu siang, walaupun dalam kumpulan yang ramai. Ada juga peristiwa akhawat diserang ketika sedang 'dimusyrifkan'.

Isu yang ingin saya ketengahkan di sini adalah "Isu Kesedaran". Kesedaran ikhwah supaya menjaga keselamatan akhawat serta kesedaran akhawat supaya menjaga diri mereka sendiri.

Berikut saya senaraikan beberapa rentetan gangguan seksual yang mendapat perhatian umum sepanjang 4 atau 5 tahun kebelakangan ini:

  1. 2007 & 2008 : "Exhibitionisme" atau nama popularnya "pakcik bussi" yang menunjukkan alat sulitnya kepada akhawat yang lalu lalang di sekitar Mouniera.
  2. 2008: Akhawat ditarik hingga tercabut tudung mereka.
  3. 2009 : Kanak-kanak Arab berusia sekitar 5-12 tahun memukul dan meraba akhawat yang menghuni imarah 9 dan imarah 11
  4. 2010 : Kanak –kanak Arab meludah dan membaling kulit pisang, tidak kurang juga ada yang mengejar sepanjang perjalanan pulang ke rumah
  5. 2010 : Sekumpulan remaja lelaki Arab mengepung dan meraba akhawat yang melalui tangga metro ke Sayeda. Diingatkan kejadian ini bukan berlaku sekali dua, malah berkali-kali.
  6. 2010 : Seorang akhawat dibaling batu ke muka sehingga luka kornea matanya.

Setelah dikaji, saya membuat kesimpulan bahawa faktor utama akhawat Malaysia sering dikacau oleh penduduk Arab adalah kerana mereka amat lemah, penakut dan tidak berani untuk melawan apabila diserang.

Berikut adalah beberapa tindakan yang boleh diapplikasikan jika anda berhadapan dengan masalah ini :

  1. Kenal pasti beberapa kawasan hitam yang sering menjadi tempat gangguan (tangga metro ke Sayeda, lorong masjid Hidayah,lorong ke imarah 9 dan 11 )
  2. Apabila anda ternampak gerombolan remaja Arab atau lelaki yang mencurigakan di sesuatu kawasan, cuba elak dari melalui jalan tersebut.
  3. Jangan pandang ringan terhadap golongan muda. Sesiapa sahaja boleh melakukan gangguan seksual , tidak kira kanak-kanak, remaja ataupun orang tua.
  4. Elakkan dari berjalan seorang diri tidak kira pada waktu siang atau malam.Walaupun ada yang berpendapat berjala ramai pun tetap diganggu, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertindak .
  5. Turunkan ego dan hentikan perangai tidak mahu menggunakan musyrif. Ingatlah bahawa anda seorang wanita, sekuat-kuat wanita melawan, akhirnya tewas jua di tangan lelaki.
  6. Jangan jadi pengecut jika diserang. Lawan mereka. Gunakan segala senjata yang ada untuk melawan seperti alat pemedih mata atau batu dan kayu di sekitar anda. Pastikan alat-alat pelindung diri sentiasa berada di dalam beg anda.
  7. Jangan berdiam diri apabila warga Arab mengganggu anda. Marah atau tengking mereka supaya mereka tahu bahawa anda bukan orang yang mudah untuk dipermainkan. Belajarlah istilah-istilah ammi yang boleh digunakan untuk menengking mereka daripada senior-senior yang berwibawa.
  8. Jangan putus berdoa semoga Allah memelihara iman, agama, kesihatan dan maruah kita semua.

Dinasihati juga kepada pelajar ikhwah supaya :akademimusyrif

  1. Ambil berat mengenai keselamatan akhawat. Bayangkan yang diserang itu adalah adik ataupun kakak anda, apa yang anda rasa?
  2. Bertindak sekiranya akhawat yang anda musyrifkan diganggu. Andai kata kudrat anda tidak sekuat Arab, sekurang-kurangnya anda berusaha untuk membuatkan mereka takut.
  3. Sekiranya akhawat tidak menggunakan musyrif ketika keluar di waktu malam, jangan ragu-ragu untuk menjadi musyrif sukarela ataupun bidan terjun. Nasihati dan tegur kesalahan mereka. Jangan takut kerana anda di pihak yang benar
  4. Memandangkan gangguan ini sering juga berlaku di waktu siang, diharapkan adalah ikhwah yang sudi untuk menemani akhawat pulang ke rumah selepas pulang dari kuliah.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah mengenai pertahanan diri. Tunjukkan kemarahan dan lawan sekiranya anda diserang. Jika anda hanya berdiam diri dan redha, saya yakin mereka tidak akan takut untuk mengulang kejadian itu sekali lagi.

Isu keselamatan akhawat ini merupakan isu kita semua. Masalah ini akan terus berlaku kerana Arab takkan pernah serik selagi kita terus berdiam diri dan tidak ambil peduli.

Pesan terakhir saya, jangan sampai ada akhawat yang tergadai kehormatannya, baru semua orang mahu ambil cakna!

*Penulis merupakan mahasiswi tahun 5 Universiti Kaherah. Merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran, aktif bersukan dan suka menulis di blog...

WaRkAh AdiBah BuaT PaRa PeNgundi TeruTamanYa PeLaJar2x akhWat Taun 2 CaIRo..

Bismillahirrahmanirrahim....

"Ak bersaksi bahawa tiada thn yg disembh melainkn Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."

Warkah ini hanyalah coret2x drpd abdu yg hanya menghirup udara yg percuma, tp bukan skdr coret2x biasa..coret ini harap dapat mnjd pmbuka minda..

Rasanya lg 72 jam saya tidak akan bergelar calon..Mungkin dinaikkan gelaran sebagai ajkt ,astaghfirullah atau mungkin ahli yg biasa shj,alhamdulillah. Jangan bimbang coret2x ini bukan untuk memancing undi tp hanya ingin memberi panduan kerana saya tahu hanya allah shj yg memberi ilham untuk anda memilih siapakah bakal pemimpin anda..Yang masih tertanya2x kabur dalam membuat pilihan bolehlah membuat solat istikharah..Moga tuhan membuka ruang jalan kepada yang paling tepat..Mungkin nmpak remeh nk mengundipun wat solat istikharah..tp kne ingat pemimpin yg bakal kita pilih bakal menentukan jatuh bangun umat perubatan ini..

Walaupun saya ykin, saya atau pun calon lain masih dalam proses pentarbiyahan...Kami bukanlah org yang sgt perfect dalam mengemudikapal layar perubatan ini, yang ahlinya bgitu ramai..berbeza pandangan dan ragam,rambut sama itam hati lain2x..Jadi saya mengharapkan kerjasama drpd ukhti2x saya sekalian dpt membantu calon2x yg akan naik menjadi ajkt..Bukankah mereka pilihan anda sekalian??

Seronok rasenya kalo kita dpt bergandingan dalam semua aspek,akademik,kefaqihan dlm agama sekaligusmenempah satu perumahan istana bersama2x disyurga kelak..Amin..saya tahu fikrah kita berbeza..Tapi jannah firdausi bersama kekasih kita dan melihat wajahnya pasti menjadi hadaf kita bersama..

Maaf, coret2x ini agak panjang tp diharap dpt mengetu hati2x anda semua..Maaf tidak dpt saya lafazkn dengan kata2x..Tp diharap bhs tangan ini akan dpt sampai kepada ukhti2x yg amat saya rindui..(sjk masuk g2g ni) Maaf lama menyepi diri dan kmpen tidaklah sehebat mane..But, better late dan never kan ..Anyway, sejak masuk g2g ni makin terkesan dengan maksuh ukhuwah fillah..Akhir kata renung2xkn lah dan selamat beramal :)

Wassalam..

P/s buat dibah: Dibah sentiasa kat hati kite org ..Biarpun kita jauh dimata tp i.allah sentiasa dekat di hati..Setiap hari sayang gitu..he3

LaGi Promosi AjKt BaRu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalo hari tu kita ade 3 org calon yg dipromosi..Ari ni zati nk tambah lagi seorg yg smmgnyer layak tuk memegang jwtn ajkt ni..nak tau sape???


jeng...
jeng....
jeng....

jeng....

tak lain tak bukan.....





Sapekah ni???Ape kena mengena dgn izzati??? Mmg takde kne mengena pun tp tak salahkan kalo zati nk promote dia tuk ajkt..Betul x?? Sbb kte bukan nk pilih org yg kita knl tp org yang layak..Tak gitu?? Zati takde la kenal sgt dengan hajar bru bbrp kali berjumpe tp pertemuan yg tak seberapa byk kali tu pun dh membuatkan zati tertarik dgn peribadi Hajar..dan dari situ zati nmpak bakat kepimpinan yg ade pada dia..Hajar ni seorg yg selalu tersenyum(boleh wat iklan gigi Colgate..he3) dan ceria...Ape yg penting ialah hajar bukan hanya pandai tersenyum je tp dia pandai dan tangkas dalam mengendalikan tugas..Tugas yg diberikan diselesaikan dengan sempurna..I.allah.. Hajar juga byk melibatkan diri dlm kerja2x perubatan..Senang cerita dia mmg seorg yg sgt commited la.. x rugi kalo kita memilih Hajar..so, ape lg.. UNDILAH HAJAR!!!


p/s: buat sahabat2x..Marilah kita sama2x turun mengundi pada 24/12/2010 ni..Tunaikan tanggungjawab kita kepada Perubatan yang merupakan wadah bg kita untuk memartabatkan Islam..Memilih pemimpin adalah satu tanggungjawab yg sgt penting kerana mereka adalah insan yg bakal mencorakkan masa hadapan perubatan sekaligus agama islam yg kita cintai..Oleh itu, undian setiap drpd kita adalah amat berharga..Jangan kita tergolong dalam org2x yg hanya pndai mengkritik tp satu tindakan pun kita tidak cuba lakukan untuk memartabatkan Islam..Renung2x kan lah..

PiLiHaN DiTaNgaN Anda..




Jangan undi seseorang kerana anda rasa dia layak,
Jangan undi seseorang kerana orang lain rasa dia layak,
Undilah seseorang itu kerana dia benar2x layak...

Ayat ni zati cilok drpd seseorg yg kita kenali...sape pi imarah 11 kelas ustaz baba dia tau la ayt ni..Thankz to tuan punyer ayat, mohon pinjam yerk..Ni sebenarnyer bkn nk cerita pasal ayat ni tp nk promote calon ajkt yang menjadi pilihan hati zati..Mereka ini bkn menjadi pilihan zati kerana zati rse mereka layak dan bukan kerana orang lain kata mereka layak tetapi kerana mereka sememang nyer layak untuk memikul amanah ini..

Calon pertama


ni calon pertama zati..tgk muka pun dah nampak gaya kepimpinan dia..Bekas pelajar KISAS..I.allah ilmu dia mantap, cakap pun hebat dan yang paling penting dia boleh masuk dengan sume orang tanpa mengira agama atau pun bangsa..orang arab tepi jalan pun dia boleh beramah mesra..Mmg mesra alam and mesra rakyat..ni kalo masuk pilihan raya mesir pun blh menang..he3 Pain jugak bukan jenis yang pandai ckp tak pandai buat..Dia jenis pandai cakap,pandai buat..Dah pandai buat, pandai dia tanggung tggung ..Bende yg dia ckp i.allah dia akn berusaha untuk buat yg terbaik..kalo tak berjaya itu ketentuan allah..Kita merancang, allah menentukan..Wallahualam..

Calon Kedua


Ni pulak adelah calon pilihan hati zati yg ke2..pelajar tajaan jais universiti kaherah merangkap bekas pelajar SAMBEST..Apa yg menarik ttg diba ni?? Dia ni jenis yang cekal dan bersggup berkorban..Cube la korang panggil dia kalo ade ape2x hal nk mintak tlg confirm dia akn tlg korang selagi takde bende yg menghalang dia..Tgk manifesto pun dah boleh tau peribadi dia macam mane..Orang macam ni lah yng kita nk anggkat jd pemimpin...betul tak???


Calon ketiga



Calon ketiga zati tak lain tak bukan mestilah NIHAL ..pelajar universiti Azhar tahun 2 bekas pelajar SBPI GOPENG ye..nihal mmg calon wajib undi..sape tak undi dia mmg pelik..he3 knp zati ckp macam tu??? Pengalaman yg mengajar zati..cbb slps 5 thun duk satu sekolah dgn nihal,zati tau mmg nihal org yng layak untuk jd ajkt.. Kalo nk cerita kat cni ttg nihal mmg tak habis smpai taun depan la jwbnyer..tp ape yg penting nihal mmg memiliki ciri2x pemimpin yg kita kehendaki..bukan zati promote dia cbb dia satu sek. dengan zati tp sbb dia sememangnyer layak...


Tak kenal maka tak cinta..
Dah kenal..
Jangan pulak jatuh cinta...
Tetapi undilah mereka..