Kadang2x mcm2x bnde yg tak dijangka boleh jd dgn kehendak Allah..So, kita perlu lah amik langkah berhati-hati dan sentiasa memohon pertolongn dan perlindungan dari Allah kerana DIAlah sebaik2x tempat kita memohon pertolongan dan berlindung..Seram sejuk dengar cite kawan2x zati pasal org arab ni..Baru2x ni pun housemate zati yg kene kejar dgn org arab..Alhamdulilah mrk sempat lari dan selamat balik ke rumah kita org dengan selamat(syukur alhamdullilah).. Kecut perut dengar..Tapi ape yg penting, kejadian2x ni mmg buat zati and ahli bait yg laen insaf..hu3..
Skrg ni, kalo nk kuar umah kitaorg mmg gne musyrif dah,terutamanya waktu mlm.. tak berani dah nk kuar tanpa musyrif..cuak!! Baru2x ni zati ade dengar cerita terbaru yg wat semua akhwat bertambah cuak..tak tau la kesohihan cerita ni tp ape yg penting marilah kita sama2x amik ikhtibar dari cerita ni..Cerita ni zati amik dari http://beritautama-infokini.blogspot.com/..
MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.
0 comments:
Post a Comment