RSS

ToWarDs A bEttER FuTUre..

It was a school holiday in winter. Snow dropped heavily the night before, but that morning the sky was clear. There was no sign of danger. Truely, it was a perfect morning to ski.Metro was functioning as usual.

As soon as it stopped, people rushed to get in. The stairs was overcrowded. But no one ever expected the accident will happen. A cruel one.Three person was on top of each other. The ski board pierced the top and middle person, right through their pelvis and abdomen, respectively.


The middle one hit his head, and started to loss his consciousness. Hematoma was formed in his skull. Two people being on top of her, the girl at the bottom was having shock and edema, signs of crush syndrome.There was no way to remove them, as little movement would cause a major hemorrhage to the top person.

The ski board cut through his major blood vessel, preventing it from bleeding. Blocking the aorta was impossible, as he was facing downward. It was a race against time, and leaving them longer would bring harm to all of them.

Cruel decision was made; lift the top and cut the ski board connecting him to the middle person. As soon as the ski board was cut, proper life-saving measure was taken, but it was useless. The top person died from massive hemorrhage. Ambulance priority was given to the middle and bottom person, as their chances of living was higher. A cruel decision, but it was necessary to save lives.

Choosing the best decision is not about right or wrong. It's always about necessary or not.Sacrifice, or be sacrificed. Being in the top means someone will be in the bottom. Being alive means someone will be dead.

Being the best means someone will be the worst. That's how life works. That's why everyone is precious in their own way. A person's medicine may be someone else's poison.As long as it is towards a better future, always be proud of whatever decision you made. Our future is not here, but it's in the hereafter.

MeDiC MeSir..(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..
"Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha mengasihani"


Ari ni zati dapat tau yg keputusan temuduga JPA dah kuar..Dengar cite ramai yg dpt pi ambil medic kat mesir ni..Maknenye makin bertambah la bilangan dak medic kat cni..hu3..First of all nk ucap tahniah la kat sape2x yg dpt tajaan tu..Mesti ade yg terkejut beruk kn bila tgk negara yg korang dpt..nape tak same cam ngr yg korang mnx..ha3x


Betui x??
Mesti tak pernah terlintas kat kepala korang yg nk amik medic kt mesir ni..Kalau boleh msti korang nk amik kat UK ke, Australia ke atau kt negara2x barat la senang cerita..Confirm korang rase sedih+kecewa skang ni..ha3..
Jangan sedih, sepatutnyer korang rase gembira dan bersyukur dpt dtg cni..Tau nape?? Sebab korang adalah org yg terpilih untuk dtg ke bumi anbia' yg penuh barakah ni..Cube korang bayang kn berapa ramai yg mintak pi cni..Tp korang yg dpt, tentu ade hikmah disebaliknye..So, kite semua termsk zati kena bersyukur la, krn kita terpilih tuk dtg mesir ni..Byk permata2x berharga yg ade kt cni... tp kita kne pandai menilai antara permata and kaca..Sama ada ingin mengikut jejak langkah nabi musa atu firaun..Fikir2x kan lah.


Mesti korang tertanye2x ape la yg best sgt amik medic kat mesir ni?Mmm..kenape mesir best ye???
1-sebab mmg mnx mesir.So mmg best la..sbb hati tak pernah fikir yg lean..he3
2-sebab byk sgt ilmu2x yg boleh dpt kat cni tp kne cari la..:)
3-Bumi anbia'..Penuh sejarah byk makam para nabi and para ulama'..
4-Suasana yg islamik..rse diri lebih terjaga..I.allah
5-Byk org islam..Senang cari mkn+tmpat solat berlambak2x..So,boleh amalkn ajaran islam dengan tenang dan aman..
6- Lecturer yg sgt baik dan sentiasa mengaitkan ape yg kita belajar ni dengan kekuasaan Allah..Subahanallah..
7-Akak2x senior yg sgt baik dan comei..hu3
8-byk tempat menarik untuk dilawati..
9-Dan byk lagi..tak tertulis kot..he3 Kalau nk tau mai la dtg cni and rse la sendiri..hi3


Ape persediaan nk dtg cni??
Hu3..Ni lah bnde yg paling zati runsing waktu nk dtg cni..Duk fikir la nk bawa ape..Takpe jgn risau, confirm akak2x senior akn dtg kt tmpat persediaan korang and beritahu ape yg kne korang bawak..Waktu tu korang akn tau byk tntg mesir ni..So, jgn risau sgt rilex jer..hi3 Nnti kalau akak2x ni dtg korang tanye la abis2x..Jangan bg peluang kt mereka..


Sebenarnye mesir ni ngr 4 musim tau tp takde la sampai keluar salji..Dia ade 2 musim yg prominent iaitu musim panas and sejuk..Musim sejuk dia boleh tahan sejuk tapi takde la smpai kne pakai bubble kot..he3 Musim panas dia, org kata sgt panas(tak pasti camne sbb tak merasa gi) So,time ni semua org akan lari blk Malaysia sbb waktu musim panas ni exam habis and boleh balik Malaysia tuk cuti selama 3bln..So, jgn risau la cuti kt cni sgt lama la nk compare ngan tempat lain..(syukur)


Bila dah terpilih dtg cni,kita kne sedia la dr segi mental dan fizikal..Sebab ape??Sebab org arab ni sgt kasar dan byk kerenah..Yang baik tu baik sgt..Yg bermasalah tu bermasalah jugaklah..Org sini agak kasar tp i.allah mereka baik..Mmg kne byk bersabar bila berurusan ngan org arab ni..Jangan lemah semangat..Mintak kat Allah moga dipermudahkan segala urusan..Gaduh tepi jalan ni mmg perkara biasa je bg org arab ni..Biar je la...JANGAN NAK MENYIBUK..nk tunjuk hero lak..hu3 I.allah duduk kat mesir ni akn jdkan kita seorg dr. yg kuat dan mempunyai sifat sabar yg tinggi..he3 Bertambah satu lagi kebaikan study medic kt mesir..Dah biasa dengan kerenah org arab, nnti waktu HO senang la kita nk handle kerenah pesakit..


Mmm..tak tau nak cite ape dah pasal mesir ni..Rsenye cukup la kot..Ingat!!! kita dtg cni nk menuntut ilmu so wat cara nk menuntut ilmu..Kt cni macam2x ade...Ade yg baik and buruk..Yang baik kita amalkn, yg buruk kita campak jauh2x.. Jgn bawak balik Mlysia nnti bertambah lak masalah kt malaysia tu..Kita cuba tanamkn rse syg and cinta kita kt bumi anbia' ni..I.allah lame2x perasaan tak suke tu akn berubah jd syg brulah kita kan hidup ngan happy kt cni..Ape pun MALAYSIA and FAMILY KT MALAYSIA ..tetap no 1..hi3


p/s: skang ni tgh periksa..Doakn kejayaan kita bersama..Moga kita sama2x akan dpt mencapai mumtaz dalam setiap peperiksaan yg kita hadapi bukan sahaja didunia malahan diakhirat kelak..AMIN..

Ya AllaH LIndUngi KaMi..

Kadang2x mcm2x bnde yg tak dijangka boleh jd dgn kehendak Allah..So, kita perlu lah amik langkah berhati-hati dan sentiasa memohon pertolongn dan perlindungan dari Allah kerana DIAlah sebaik2x tempat kita memohon pertolongan dan berlindung..Seram sejuk dengar cite kawan2x zati pasal org arab ni..Baru2x ni pun housemate zati yg kene kejar dgn org arab..Alhamdulilah mrk sempat lari dan selamat balik ke rumah kita org dengan selamat(syukur alhamdullilah).. Kecut perut dengar..Tapi ape yg penting, kejadian2x ni mmg buat zati and ahli bait yg laen insaf..hu3..

Skrg ni, kalo nk kuar umah kitaorg mmg gne musyrif dah,terutamanya waktu mlm.. tak berani dah nk kuar tanpa musyrif..cuak!! Baru2x ni zati ade dengar cerita terbaru yg wat semua akhwat bertambah cuak..tak tau la kesohihan cerita ni tp ape yg penting marilah kita sama2x amik ikhtibar dari cerita ni..Cerita ni zati amik dari http://beritautama-infokini.blogspot.com/..

MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

NaPe NaK JaDi DoC???

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Nape nk jadi doc??
Ini lah soklan pertama yg orang akan tanye bile dpt tau zati nk amik medic..Tau tak jd doc ni susah, belajar susah,kerja pun susah...Kalau ikutkn cita2x pertama zati waktu kecik2x dulu bkn nk jd doc pon..waktu tadika dulu zati rse cam nk jd cikgu tadika,bile dah msk drjah satu up la ckit..nk jd cikgu sekolah rendah lak..hu3 Bila dah besar ckit,waktu drjh 6..zati tukar cita2x lak nk jd pensyarah mcm abah zati..(my hero)

Cita2x nk jd dr ni sebenarnye start waktu form 1..Mak zati la yg cadangkn kt zati..Mak zati kate skang ni kurang prmpuan islam jd doc terutamanya dalam bidang sakit puan..Bile pikir2x balik ,betul gak kate mak zati tu..start dr ari tu zati bercita-cita nk jd doc and kalo boleh nk amik specialist dlm bidang SAKIT PUAN..Dan skang ni zati bersyukur sgt sbb dpt smbung study dlm bidang medic..ALHAMDULLILAH..
Zati arap sgt agar kita sama2x dapat perbaharui niat kita semua knp nk jd doc..Ni ade cerita yg kakak zati bg kt zati bg bile dye dpt tau zati nk amik medic,akak zati kate org yg nk amik medic kne bace cerita ni... Moga-moga dengan baca cerita ni kita akan tersedar dan dpt betulkn niat kita nk amik medic ni ikhlas kerana ALLAH biar pun nk pupuk sifat ikhlas tu sgt susah.. =)

~SETIAP AMALAN ITU DIMULAKAN DENGAN NIAT~

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.
PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


P/s:Marilah sama-sama kita memperbetulkan niat kita dan menjadikan tujuan kita amik bidang kedoctoran ini ikhlas semata-mata untuk beribadat kepada Allah..Setiap perkara yg kita lakukan seandainya ikhlas kerana Allah..Insyallah akan menjadi satu ibadah yg boleh membantu kita dikemudian hari..Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkn segala urusan kita..AMIN

Buat nyah and kakyang: Chayok2x..I.allah kite semua boleh!!!(^_^)

Wallahua'lam..

UkHuwWah FillaH =)

ada satu kisah..
sedih dan sungguh pilu..
alkisahnya di sebuah tanah lapang
berdiri teguh si rumah papan beratap nipah
almaklumlah..
rumah lama..ditelan zaman
namun TETAP TEGUH
teguh kerana ahli rumahnya BERSATU
yang bocor sama ditampung
yang reput sama diganti kayu yang lagi kukuh binaanya
yang penting tapaknya yang SATU
masih utuh!
ya,tapaknya itu yang perlu dijaga sungguh-sungguh!
itu janji mereka!janji yang dilaung dengan kalimah Agung!
Allahuakbar!
ahli semakin ramai..
Alhamdullilah..dapatlah mereka bersatu bergabung
mencantikkan dan membesarkan rumah itu lagi
lalu,tersenyumlah si ketua rumah berseorangan
harapannya..semakin bahagialah mereka semua
kuharapkan panas hingga ke petang
rupanya mendung ditengahari
badai datang menerpa
rumah-rumah baru dibina dengan sesuka hati di sekitar rumah lama itu
alasan mereka kononya kukuh
kami mahu yang lebih baek
kami mahu peningkatan
kami mahu itu dan ini
menangislah seluruh ahli rumah yang membina rumah lama itu
bukan kerana kehilangan teman serumah
namun kerana
hilangnya rasa kuat bersatu
sudah pudar rasa bersama
Allah..mereka menangis!
Doa dan usaha tidak pernah berhenti
apa sudah mereka tidak mahu bersama - sama mencantikkan rumah
lantas TERUS membina rumah baru
sayu..pilu..sedarlah sahabat-sahabat
ini binaan kita
kite mesti pertahankan
yang kurang sama kita tampung
yang lebih sama kita rasai
BERSATU bukan BINA yang LAIN!
Si ketua menangis tersedu sedan
bukan kerana rasa lemah
bukan kerana rasa dipermainkan
tapi kerana TIDAK INGIN BERPUTUS ASA
ya..aku mesti kukuh..aku mesti kuat..
hubungkan kami kembali!
pasti!Pelangi akan muncul pada badai itu!~
[ rumah baru?sampai bilakah kekalnya jika tujuannya menyimpang jauh?]
p/s: Buat sahabat2x renung2x dan fikir2x kn lah... masih blum terlambat untuk kita kembali bersatu...=)

SuRaMnyer..:(

Ari ni rase sedih sgt..tak tau nape..ati tak keruan..nape yerk??
Rase ringan je air mata ni nk kuar..tp tak pe tahan2x..zati bleh!!!
Dah dekat 2 mggu tak ckp ngan mak and abah (pecah rekod tuh)..he3
Rsenyer sb tu kot ati ni tak btul ckit..bkan tak call tp tak dpt asyik masuk voice mail jer..
Rindu giler dah kt umah,, tambah2x lg dh nk pekse lg la tak btul otak ni..ha3
Nk blik!!!
Semalam bru dpt tau tiket btal..kne carik laen atau pon amik OmAn Air..rse cam nk amik Oman jer.. mlz nk carik yg len tp oman air bru gi jd ramai yg takot nk amik..
Tp i.allah elok je kot..Zati tawakal je la..mintak perlindungan dari allah tuk jg kite org semua..
Dah excited nk blik tiket batal mmg frust..ha3 sadis2x Tp takpe i.allah allah akan beri yg terbaek tuk semua bdk yg tiketnyer dibatalkn tu..Same2x la kite berdoa kpd allah minx yg terbaek buat diri kite semua...Arap2x semua sampai ke Malaysia degan selamat dan dpt jumpe ngan family yg tercinta..hu3 (mcm jiwang lak)
Ni nk kongsi satu doa ngan semua tp doanya bahase melayu je la..bkn dlm bhs arb ye...Doa ni ditujukn khas tuk parents kite yg tercinta..Moga allah memberkati kedua ibu bapa kita yg telah berpenat lelah membesarkn kite dr kecik hinggalah besar...Dan arap2x dengan doa ni dpt mrnjadi kn kita ank yg soleh serta solehah dn taat kepada kedua ibu bapa kita..Hayati la...

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan
kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka
kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu
ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.


Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

AllHamDuLiLaH..

Akhirnye, dpt jugak wat blog ni ..
Waa..susah giler, abis cuti wat bende ni maklumla org tak terer dlm bab2x nh..
Arap2x lepas ni bleh la bergiat aktif ckit ngan blog nh..(pas pekse la tapi)
First time tau wat blog..he3(malunyer)
Thankz r tu kengkawan especially ijan , aisyah ,tikah n maha yg tolong zati wat blog nh..
Dh nk giler dh zati..hu3

Mesti korang pelikkn nape tibe2x je nk wat blog..
Mimpi ke ape bdk nh??hu3
Sebenarnye mmg dh lame nk wat tp no time and no idea..
Lg pon kyg(kakak zati) dah lame suh wat blog tp zati tak wat2x gak..
Jd ari ni pas chat ngan kyg terlintas la nk wat..
So,wat je la..
Niat baek jgn ditangguh-tangguhkn nnti langsung tak wat lak..ha3
Pas ni i.allah kalo ade mase zati akn merepek lg kt cni..
Arap2x dpt kongsi ilmu + pengalaman ngan korang semua k..
Seperti mana sabda nabi..
"Sampaikan dariku walaupun seayat"
So, arap2x kite semua boleh amalkn hadis nh..he3
I.allah...