RSS

Ku MeRaYu

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap

Tuhan ku pinta segala terlerai
Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak


Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini


Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku


Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan
Ku merayu hanya pada-Mu


Ku merayu dan terus merayu
Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

SeLaMaT Ari LahIR AcU AnD AdIk..

Hari ni merupakan hari yg sgt bersejarah..Nape yerk?? Sebab ari ni merupakn ari jd acu n adik..SELAMAT ARI LAHIR ye korang...Moga dipanjangkn umur,dimurahkn rezeki dilapangkn dada untuk menerima ilmu,ditingkat keimanan dan dirahmati Allah selalu...AMIN..
Hu3x..Dah bertambah dh umur korang, dah besar dah..Dah form 1..Macam tak caye lak..hu3 Coz perangai korang still cam bdk2x..:) Tak kisahlah korang bace ke tak blog kakcik ni..kakcik saje je nk abdikn ari bersejarah korang kat cni, tande kakcik sentiasa ingat kat korang(ape macam sweet tak kakcik..)
Ari tu waktu kakcik call korang minx tudung labuhkn kat kakcik..hi3 siap nk lg labuh dr kakcik tu..Seronok kakcik dengar korang dah byk berubah...Bagus2x(ade nade bangga)..Nanti kakcik try cari..I.allah..
Harap2x ari jadi korang kali ni akan bawa perubahan pada diri korang..Biar jadi lebih matured seiring ngan usia korang tu..kwang2x



Gambar adik and acu tgh wat iklan gigi..hi3x

Adik kembarku..

Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

SEBAIT DOA DI HARI LAHIR..

Ya Allah,aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu.

Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam.

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu.

Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin

.
Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir.

Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.

Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]



TeNangLah HaTi..

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat.

Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita.

Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la.. Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita. Alangkah tidak malunya kita...,

Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Tapi kita....?
Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

HatiKu SeBesAr CaWan..

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri. Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan. " Anak muda... " lelaki tua itu bersuara ." Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. " Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu. " Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut. " Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi. " Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. " Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup. " Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu. " Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut. "

Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. " Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku.

Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

Juz 4 FuN..(^_^)

Ari ni zati lps study, sampai dh tak larat dh nk tgk buku tu..Zati pun bukak la tnet tgk ape yg blh dibuat sementara nk relaxkn otak yg serabut ni..hu3
Tibe2x dpt idea lak nk edit gambar..So,ape lg zati start la proses 'mengedit' gambar zati..hu3(mmg takde kerjakn) Ni la antara gambar yg sempat zati edit sementara tunggu mood study zati datang balik..Hi3..

Ni gambar mak ngan abah..The best couple in the world..hu3


Ok la tu..cukup la mngedit gambar ni.. nk pi smbung study lak..Semangat dah dtg blik..hu3..SELAMAT BERMUJAHADAH, ZATI...SEMOGA PULANG MENJADI SEORG PEJUANG ISLAM..I.ALLAH.. AMIN